Merkel gesa semua pihak pertahan perjanjian nuklear dengan Iran

Merkel gesa semua pihak pertahan perjanjian nuklear dengan Iran

Menurut perjanjian pada 2015, Iran bersetuju dengan China, Peranchis, Jerman, Rusia, United Kingdom dan AS untuk mengehadkan program nuklearnya.

Angela Merkel berkata, semua pihak harus ‘menggunakan semua cara diplomatik’ bagi memastikan Iran mematuhi perjanjian nuklear 2015. (Gambar AFP)
MOSCOW:
Canselor Jerman Angela Merkel pada Sabtu mengulangi gesaan supaya semua pihak menghormati perjanjian nuklear Iran, walaupun negara itu membuat keputusan untuk meningkatkan kegiatan pengayaan uranium dan langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi.

Menurut perjanjian pada 2015 yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), Iran bersetuju dengan China, Peranchis, Jerman, Rusia, United Kingdom dan AS untuk mengehadkan program nuklearnya.

“Kita bersetuju untuk melakukan semua yang mungkin bagi mempertahankan perjanjian itu. Jerman percaya Iran tidak harus memperolehi atau mempunyai senjata nuklear,” kata Merkel dalam satu sidang akhbar bersama dengan presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow.

“Atas sebab ini, kita akan terus menggunakan semua cara diplomatik bagi memastikan perjanjian itu terus berjalan. Ia tidak sempurna, tetapi merupakan satu perjanjian dan mengandungi komitmen oleh semua pihak,” katanya.

Berbeza denga AS, yang pada Jumaat mengenakan sekatan ekonomi baru ke atas Iran, negara Eropah lain memberikan Tehran lebih masa bagi menghindari peluasan senjata nuklear dan tidak memulakan semula proses yang bakal menyaksikan pelaksanaan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.