Kereta rasmi kerajaan: Apa kelebihan Proton Perdana berbanding Vellfire?

Kereta rasmi kerajaan: Apa kelebihan Proton Perdana berbanding Vellfire?

Proton Perdana merupakan model kemegahan negara yang sesuai digunakan barisan kabinet menteri dan timbalannya.

Setelah mendapat kecaman netizen tentang kereta Toyota Vellfire yang ingin digunakan kerajaan sebagai kenderaan rasmi, akhirnya keputusan tersebut diubah dengan menjadikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi.

Ia akan digunakan barisan kabinet Menteri, Timbalan Menteri dan barisan Pegawai Kanan Kerajaan.

Pada ketika itu, kerajaan dilaporkan sedang dalam proses melantik syarikat pembekal kenderaan untuk kegunaan rasmi Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaan yang menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan Menteri dan 3,000 unit Honda Accord buat Pegawai Kanan Kerajaan.

Namun segalanya diubah apabila mereka bertindak menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi.

Secara amnya, Proton Perdana adalah kereta buatan Malaysia dan ia perlu menjadi kebanggaan negara kerana ia adalah produk negara sendiri.

Apatah lagi ia digunakan kerajaan sebagai kenderaan rasmi, Proton Perdana sekaligus menjadi simbolik kepada mata pihak negara luar dengan mengagumi produk kereta yang pastinya ada di Malaysia sahaja.

Sejarah Proton Perdana

Proton Perdana, model kemegahan (flagship) Proton. Ia mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1995 di mana model yang berasaskan Mitsubishi Eterna itu bersaing dalam segmen kereta eksekutif seperti Toyota Camry, Nissan Cefiro dan Honda Accord.

Pada 1998, model itu diberi rupa, enjin dan karakter pengendalian baru dengan tambahan nama iaitu Perdana V6.

Selain itu modelnya turut dikuasakan enjin 2.0L V6 menggantikan enjin 4G63. Perdana V6 tampil dengan perubahan estetik, kadar bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH) rendah serta pengendalian lebih jitu hasil input dari subsidiari Proton iaitu Lotus.

Nadi kuasa

Proton Perdana 2.0L dikuasakan enjin SOHC i-VTEC Honda berkuasa 154hp pada 6,300 rpm dengan tujahan 189 Nm pada 4,300 rpm.

Transmisi ialah lima kelajuan automatik. Khabarnya enjin yang digunakan ini bakal digantikan dengan milik Proton sendiri pada tahun mendatang memandangkan produksinya hanya setakat tahun 2017 sahaja.

Reka bentuk

Bahagian depan Perdana masih mengekalkan wajah sang Belang tetapi tampak lembut seperti Proton Iriz. Jelas kelihatan ialah jeriji sayap Proton yang menyambung hingga ke lampu utama dengan nyalaan projektor dan DRL.

Di bahagian bawah bampar terlekat sepasang lampu kabus yang walaupun kecil comel tapi sangat membantu menambah pencahayaan lampu utama yang tidak puas menyuluh sewaktu pemanduan malam kelam ke destinasi yang gelap perjalanannya.

Pada bahagian sisi pula, terserlah badan yang panjang dari depan hingga bucu bampar belakang Perdana ini.

Interior (reka bentuk dalaman)

Proton Perdana 2.0L menggunakan tema warna gelap sepenuhnya, bermula dari kulit pintu, konsol tengah, papan pemuka hinggalah ke balutan kerusi yang menggunakan gabungan fabrik dan kulit. Berbanding Perdana 2.4L, sistem multimedia Perdana 2.0L tidak didatangkan dengan kemudahan navigasi dan skrin berwarna.

Fungsi kawalan kenderaan tidak banyak kecuali paparan kamera undur manakala skrin kedua di papan pemuka hanya mengulang siar paparan skrin induk.

Kerusi pemandu boleh dilaras menggunakan fungsi elektrik dan kawalan manual untuk sebelah penumpang. Tipikal rekaan Honda, saiz kerusi agak besar untuk menyokong belakang badan dan peha untuk pemanduan selesa.

Kemas di sisi kerusi pemandu dan penumpang sebelah ialah tag SRS menandakan Perdana 2.0L dilengkapi empat unit beg udara termasuk di stereng dan papan pemuka.

Ruang di bahagian belakang pula sememangnya luas di mana penumpang bebas untuk menggerakkan kaki. Cuma bahagian bawah peha terasa terlalu lembut dan penumpang perlu membetulkan kedudukan kerana tenggelam di dalamnya.

Saiz but pula tidak perlu dinafikan memang luas dan tidak menjadi masalah untuk memuatkan beberapa bagasi besar.

Bagaimana.. Bukankah ia menarik dan selesa bukan untuk barisan kabinet menjadikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.