
Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ibu kepada kanak-kanak itu berusia 35 tahun menghubungi polis kira-kira 2 petang semalam selepas mengetahui mengenai penemuan anaknya oleh orang awam yang tular di media sosial.
Kanak-kanak itu hilang tidak sampai 24 jam sebelum ditemui orang ramai.
Beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang tinggal di kawasan taman perumahan itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9 malam tadi untuk mengambil anak mereka dengan membawa dokumen rasmi sebagai bahan bukti sokongan.
“Kanak-kanak itu dikatakan keluar bersendirian untuk bermain di luar rumah melalui pintu depan yang bertutup tetapi tidak berkunci,” katanya.