Kempen Januhairy ajak wanita simpan bulu sepanjang Januari 2020

Kempen Januhairy ajak wanita simpan bulu sepanjang Januari 2020

Kempen Januhairy mahu wanita kekalkan keaslian tubuh badan dengan biarkan bulu di badan sepanjang Januari 2020.

Wanita di seluruh dunia digesa agar menerima kecantikan sejati mereka dan tidak mencukur bulu di badan sepanjang bulan Januari tahun 2020.

Menerusi kempen Januhairy, ia mahu wanita mengekalkan keaslian tubuh mereka dan membiarkan bulu di bahagian badan dibiarkan tidak diusik sepanjang bulan itu.

Kempen itu juga berhasrat untuk mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.

Kempen itu dimulakan oleh seorang gadis berusia 22 tahun, Laura Jackson.

Ujarnya, iklan di media banyak memberi idea salah mengenai kencantikan wanita.

Kempen ini dilancarkan buat pertama kali pada Januari 2019 dan tahun ini merupakan kempen keduanya seperti dilaporkan mirror.com

“Hari ini merupakan hari pertama Januhairy yang mana wanita diseluruh dunia diminta bersama membuang pisau cukur sepanjang bulan Januari.

“Fokusnya pada wanita, tapi gerakan ini menyeluruh untuk semua jantina. Ayuh didik satu sama lain mengenai hal ini,” ujar pengendali Facebook kempen itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.