Iran mengaku tertembak pesawat Ukraine

Iran mengaku tertembak pesawat Ukraine

Pesawat Boeing 737-800 berusia 3 tahun milik Ukraine terhempas sejurus berlepas dari Tehran, membunuh kesemua 176 penumpang dan anak kapal.

Pada Jumaat Iran menafikan ia melepaskan peluru berpandu ke arah pesawat terbabit dan mendakwa negara Barat melancarkan ‘perang psikologi’. (Gambar AP)
TEHRAN:
Iran hari ini berkata ia secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat Ukraine minggu ini kerana menyangka ia merupakan sasaran musuh, menurut agensi berita separuh rasmi, Isna.

Pesawat itu terbang berhampiran tapak tentera Kor Pengawal Revolusi (IRGC), kata Isna, memetik satu kenyataan tentera.

Pegawai IRGC akan menjelaskan kemalangan itu dalam media rasmi kerajaan, katanya.

Pesawat Boeing 737-800 berusia 3 tahun itu terhempas sejurus berlepas dari Tehran, membunuh kesemua 176 orang penumpang dan anak kapal.

Pada Jumaat, Iran menafikan ia melepaskan peluru berpandu ke arah pesawat tersebut dan mendakwa kerajaan negara Barat melancarkan “perang psikologi”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.