
Mereka ditahan ketika cuba memasuki Malaysia dalam satu operasi pada Julai tahun lepas.
Ketua Polis Kawalan Sempadan 437 Sadao Kapt Pol Suriwong Somsong berkata 19 tahanan Rohingya melarikan diri daripada depoh itu dalam kejadian kira-kira 4 pagi (waktu tempatan).
Seorang daripada mereka patah kaki dan berjaya ditahan semula ketika bersembunyi di sebuah kampung berhampiran dengan depoh tahanan tersebut, katanya ketika dihubungi semalam.
“Semua suspek yang ditempatkan di tingkat 3 depoh tahanan tersebut dipercayai melarikan diri dengan memotong jeriji besi tingkap dan menggunakan selimut yang diikat dan disambung untuk melarikan diri menerusi tingkap. Kami percaya semua suspek masih berada dalam Thailand,” katanya.
Suriwong berkata operasi menjejaki semua mereka dipergiat khususnya di kawasan hutan dan kebun getah di sempadan Thailand-Malaysia.
“Siasatan sedang dijalankan sama ada mereka dibantu rangkaian pemerdagangan manusia untuk melarikan diri,” katanya.