
Daripada semua pelajar tanpa kerakyatan itu, 509 orang ke sekolah menengah, manakala 2,126 lagi ke sekolah rendah.
Dasar penerimaan pelajar tanpa kewarganegaraan itu antara 12 inisiatif Kementerian Pendidikan untuk sekolah pada 2019.
Seramai 1,961 pelajar yang semuanya Bumiputera diterima ke sekolah kerajaan di Sabah tahun lalu, diikuti 263 pelajar di Sarawak.
Perak pula meluluskan 81 daripada 444 permohonan kemasukan ke sekolah kerajaan tahun lalu berdasarkan pasport atau status pemastautin tetap pemohon.
Ia antara syarat ditetapkan Akta Pendidikan 1996 dengan dokumen sokongan yang disahkan majikan ataupun pemimpin masyarakat.
Bagaimanapun, 346 kes lain di Perak turut diberikan kelulusan bersyarat untuk mendapatkan pendidikan di sekolah kerajaan.
Februari tahun lalu, bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan berkata, dasar penerimaan kanak-kanak tanpa dokumen ke sekolah kerajaan dibuat selepas kerajaan melihat banyak masalah keciciran anak Bumiputera yang tidak berdokumen.
Katanya, kementerian menerima kanak-kanak tiada dokumen lengkap seperti sijil lahir atau kad pengenalan ke sekolah jenis kebangsaan dengan syarat ibu atau bapa perlu mengemukakan surat pengesahan atau perakuan ketua kampung yang kanak-kanak itu ialah anak mereka.
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak itu juga perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika membuat permohonan di Jabatan Pendidikan negeri.
Sementara itu, Laporan Pencapaian Kementerian Pendidikan 2019 turut menyatakan 4,369 pelajar tercicir kembali ke sekolah melalui Program Sifar Murid Cicir yang diasaskan kementerian itu pada 2018.