Pengerusi MyWatch bebas kes dedah kandungan laporan polis

Pengerusi MyWatch bebas kes dedah kandungan laporan polis

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap R Sri Sanjeevan.

R Sri Sanjeevan (kanan) bersama peguam, S Preakas (tengah) di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini membebaskan Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan daripada tuduhan mendedahkan maklumat.

Hakim Norshila Kamaruddin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Sanjeevan, 35, didakwa pada Dis 2018 dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan, kerana mendedahkan kandungan laporan polis kepada orang di blognya pada Nov 2015.

Peguam Sanjeevan, S Preakas berkata mereka berharap pihak pendakwaan tidak akan merayu keputusan mahkamah hari ini.

“Tetapi terpulang kepada mereka, kalau buat rayuan kami bersedia berdepan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.