Pembelian kurma Ramadan tiada ‘tipu muslihat’, kata syarikat milik Kementerian Pendidikan

Pembelian kurma Ramadan tiada ‘tipu muslihat’, kata syarikat milik Kementerian Pendidikan

Education Malaysia Global Services berkata, pegawai SPRM menjalankan siasatan biasa berdasarkan aduan seorang bekas pekerjanya.

EMGS berkata, pembelian kurma Ramadan itu dilakukan secara jujur dan ditandatangani bekas CEO syarikat itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah syarikat milik Kementerian Pendidikan menafikan laporan ia diserbu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa kontrak dipertikaikan, sebaliknya ia adalah siasatan biasa.

Education Malaysia Global Services (EMGS) berkata, pegawai SPRM datang berdasarkan satu aduan dibuat seorang bekas pekerjanya.

“Ia berhubung satu pembelian kurma Ramadan,” kata Pengerusi EMGS, Abdul Rahman Shariff kepada FMT.

Beliau berkata, kakitangannya memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan dan tiada “tipu muslihat” dalam pembelian itu.

“Semua dilakukan dengan jujur dan ditandatangani bekas CEO.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.