
Beliau berkata dalam 2 peritiswa itu, Washington dan Riyadh bersalah melakukan sesuatu yang tidak bermoral, dan memberi amaran pembunuhan Soleimani akan membawa kepada kemelaratan konflik di Timur Tengah.
“Jadi jika anda nampak keganasan meningkat, itu mungkin boleh berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas anti-terorisme hari ini.
Presiden Donald Trump mengesahkan beliau mengarahkan pembunuhan Soleimani dalam serangan dron AS di Baghdad pada Jumaat.
Semalam, ratusan ribu orang menghadiri pengebumian Soleimani, yang dihormati ramai kerana peranannya dalam perang 8 tahun dengan negara jiran Iraq.
Khashoggi, seorang warga Saudi yang menulis kolum untuk The Washington Post, dibunuh pada Okt 2018 oleh ejen Saudi yang dipercayai dihantar oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman.
Dilaporkan mayatnya dipotong-potong dan kemudian dibuang.
Mahathir berkata seperti Soleimani, Khashoggi juga dibunuh di negara dunia ke-3.
Beliau berkata pembunuhan itu menunjukkan “seorang yang berkuasa” boleh melanggar undang-undang antarabangsa dan dunia tidak boleh buat apa-apa untuk menghalangnya, merujuk kepada Trump.
“Kalau ada orang hina atau berkata sesuatu yang tidak disukai, bolehlah orang dari negara lain itu hantar dron, dan mungkin tembak saya,” kata Mahathir.