35 maut dirempuh ketika majlis pengebumian jeneral Iran

35 maut dirempuh ketika majlis pengebumian jeneral Iran

Seramai 48 lagi cedera dalam insiden rempuhan di bandar Kerman, Iran pada pagi Selasa.

Orang ramai mengiringi lori yang membawa jenazah Qasem Soleimani di Kerman hari ini. (Gambar AP)
MOSCOW:
Seramai 35 orang maut, manakala 48 lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika orang ramai bersesak di jalan raya di bandar Kerman, Iran bagi menyertai majlis pengebumian Qasem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.

Agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan Stesen Penyiar Republik Islam Iran (IRIB) sebagai berkata, majlis pengebumian itu bermula di Kerman yang juga kampung halaman Soleimani pada pagi Selasa.

“Malangnya, berikutan rempuhan dan perhimpunan besar-besaran peserta yang ingin mengikuti majlis pengebumian di Kerman, sejumlah orang maut manakala mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital,” kata Pir Hossein Kulivand, ketua perkhidmatan kecemasan Iran.

Beliau berkata, insiden itu sedang disiasat dan maklumat tambahan akan disalurkan kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.