Kamal Salih letak jawatan pengerusi Unimas selepas Sarawak kritik

Kamal Salih letak jawatan pengerusi Unimas selepas Sarawak kritik

Kamal merupakan ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1996 hingga 1999 dan pernah menjawat jawatan naib canselor Universiti Sains Malaysia.

Kamal Mat Salih meletak jawatan sebagai pengerusi Unimas beberapa hari selepas beliau dinamakan sebagai rakyat bukan Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu.
PETALING JAYA:
Ahli ekonomi terkenal Kamal Mat Salih mengumumkan meletak jawatan sebagai pengerusi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) selepas pelantikan beliau dikritik oleh kerajaan negeri itu.

“Saya dengar daripada sesetengah pihak bahawa kerajaan Sarawak mahukan rakyat Sarawak. Saya fikir semua orang tahu itu dan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak dirundingi berhubung pelantikan saya.

“Saya tidak mahu terlibat dalam politik. Saya hanya mahu menyumbang,” katanya kepada FMT hari ini.

Kamal, yang mengetuai Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dilantik bagi menggantikan Sulong Matjeraie, yang tempoh jawatannya sepatutnya tamat pada Apr tahun depan.

Kamal merupakan ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1996 hingga 1999 dan pernah memegang pelbagai kedudukan dalam agensi kerajaan. Beliau juga pernah menjawat jawatan naib canselor Universiti Sains Malaysia.

Beliau merupakan rakyat bukan Sarawak pertama dilantik sebagai pengerusi Unimas.

Ketua menteri Sarawak mengkritik pelantikan beliau dengan berkata kerajaan negeri tidak dirundingi mengenainya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.