
Beliau berkata, kerajaan Johor perlu memberi penjelasan yang munasabah tujuan cukai tanah dinaikkan dan berapa peratuskah kenaikan cukai itu.
“Adakah sesi libat urus telah diadakan dengan pemegang taruh sebelum kenaikan cukai itu dilaksanakan?
“Saya berharap Sahruddin atau wakilnya dapat mengadakan majlis taklimat khas kepada ahli Parlimen dan Adun Johor berkenaan cukai tanah yang baru dinaikkan ini,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu Hassan berkata, beliau tidak diberi maklum secara rasmi oleh Sahruddin yang bertanggungjawab bagi portfolio tanah, termasuk soal penetapan kadar cukai tanah yang baru.
“Saya memahami dan menghormati bidang kuasa kerajaan negeri Johor dalam soal tanah dan cukai ke atas tanah, tetapi sebagai ahli Parlimen kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) saya berasa kesal dan sedih kerana berada dalam kegelapan dalam soal cukai tanah yang mengalami kenaikan yang tinggi.
“Saya dimaklumkan dari sumber tidak rasmi,” katanya.