
Sememangnya penjara adalah tempat untuk banduan menjalani hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Ia bertujuan mengembalikan sahsiah dan moral yang betul supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama sebaik sahaja keluar daripada penjara.
Pelbagai jenis hukuman yang perlu dijalani banduan, namun setiap hukuman berbeza mengikut penjara.
Terdapat empat jenis penjara yang kejam terhadap banduan sehingga ada yang mati ketika menjalani hukuman tersebut.
1. Penjara Urga, Mongolia
Ini adalah penjara paling kejam pernah dibuat oleh Mongolia kepada mereka yang melakukan kesalahan.
Hukuman ini bermula pada 1920 di mana banduan akan diletakkan dalam kotak kecil seperti saiz keranda dan diletakkan di dalam penjara bawah tanah.
“Penjara” ini sangat mudah untuk dihasilkan.
Mereka tidak akan mendapat makanan, apatah lagi layanan yang baik daripada pihak pengawal.
Ramai yang mati akibat keletihan pada musim panas, dan mati kesejukan pada musim sejuk, dan tiada siapa yang ambil peduli.
Bagaimanapun, amalan ini telah diharamkan pada tahun 1920.
2. Pelabuhan Macquarie

Ia merupakan penjara paling kejam di Tasmania.
Ia merupakan sebuah perkampungan untuk memisahkan banduan dengan orang awam.
Terletak di kawasan terpencil biasanya di pulau-pulau atau wilayah koloni yang jauh.
Ia juga dikenali antara penjara yang ganas pernah dibuat ke atas banduan yang ada.
Mereka yang dihantar ke penjara ini diberikan kerja buruh berat yang mampu memperluaskan empayar mereka.
Namun, kerja-kerja ini sebenarnya tidak termasuk dalam hukuman mereka.
Pelabuhan Macquarie yang terletak di Tasmania, Australia dan ia merupakan penjara yang sangat ditakuti banduan yang dihantar ke luar negara.
Kem ini dibuka pada tahun 1822 dan selama 11 tahun, banduan dipenjarakan di sini dalam keadaan yang sangat kejam.
Pulau ini terlalu sesak dengan banduan dan dianggap sebagai hina kerana banduan tidak diberikan makanan secukupnya.
Disebabkan terlalu sesak, banduan-banduan terpaksa tidur berdiri. Ia membuatkan seorang banduan menikam banduan lain sehingga mati dan berharap akan dihukum mati kerana lebih sanggup mati daripada tinggal di situ.
Ramai yang cuba melarikan diri daripada penjara ini disebabkan hukuman sebat yang dahsyat serta kerja buruh yang sangat teruk.
3. Bastille

Bastille penjara paling kejam dan ganas di dunia
Disebabkan Penjara Bastille terlalu kejam, ia membuatkan Perancis mempunyai cuti umum untuk meraikan kemusnahan “penjara” ini.
Bastille merupakan kubu yang menjaga pintu-pintu kota Paris.
Namun, ia diubah menjadi penjara dan hanya sebilangan kecil sahaja yang ditahan di sini.
Ia dianggap sebagai lokasi pengasingan dan penyeksaan bagi penduduk tempatan.
Sel-sel di sini sangat kecil dan gelap, dan banduan-banduan akan dihantar turun ke dalamnya menggunakan tali iaitu satu-satunya jalan masuk ke penjara ini.
Keluarga-keluarga bangsawan menggunakan penjara ini untuk secara rahsia memasukkan musuh-musuh mereka ke dalam penjara ini dan tidak dibebaskan sampai bila-bila.
Terdapat desas-desus mengatakan ada penduduk tempatan yang hilang pada waktu malam dan ditahan secara senyap di penjara ini.
4. Penjara Newgate

London merupakan lokasi kepada beberapa penjara ganas yang terkenal, antaranya Penjara Newgate. Ia turut dikenali sebagai pintu ke neraka.
Orang yang melalui penjara ini dapat menghidu bau busuk kerana bangkai mayat yang terdapat dalam penjara ini.
Pada 1750, 11 individu ditugaskan membasuh dinding penjara ini dan 7 daripada mereka telah dijangkiti penyakit ketika bekerja di penjara itu.
Namun, dalaman penjara ini lebih menyeramkan kerana penjara ini dibina khas untuk penjenayah paling berbahaya di London, termasuklah pembunuh bersiri, pembunuh upahan dan perompak.
Lantai penjara ini juga dipenuhi dengan pepjiat dan lipas sehinggakan pelawat terpijak serangga-serangga ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]