JPA: Kerajaan tanggung hampir RM1 bilion bayar elaun kritikal tahun ini

JPA: Kerajaan tanggung hampir RM1 bilion bayar elaun kritikal tahun ini

Bayaran BIPK yang bakal dimansuhkan kepada lantikan baru mulai tahun depan dijangka meningkat kepada RM1.24 bilion menjelang 2022.

JPA mengesahkan pemansuhan BIPK kepada penjawat awam dalam 33 skim perkhidmatan.
PETALING JAYA:
Kerajaan menanggung hampir RM1 bilion tahun ini bagi menampung bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) kepada penjawat awam dalam 33 skim perkhidmatan.

“Sehingga 31 Disember 2017, tanggungan kerajaan atas BIPK sebanyak RM836.89 juta dan pada 2018 tanggungan meningkat kepada RM899.32 juta dan RM969.52 juta tahun ini.

“Berdasarkan kajian, unjuran semasa tanggungan kewangan kerajaan terus meningkat kepada RM1.24 bilion pada 2022,” katanya.

Sebelum ini JPA mengesahkan pemansuhan BIPK namun menerima kritikan pelbagai pihak yang rata-rata menolak keputusan tersebut.

Jelas JPA, pemberian BIPK berasaskan kepada peratusan gaji semasa yang diterima pegawai kecuali penerima kadar tetap sebanyak RM750.

Menurut JPA lagi, pemberian elaun itu sewajarnya dimansuhkan secara menyeluruh kepada semua penerima, namun kerajaan memutuskan elaun itu dikekalkan kepada penerima sedia ada.

“Penerima daripada 33 skim perkhidmatan ini dibayar mengikut kadar semasa sehingga mereka meninggalkan jawatan.

“Pelaksanaan pemansuhan untuk pelantikan baru sahaja yang dilantik bermula 1 Januari 2020,” katanya.

Tambahnya, keputusan pemansuhan itu diputuskan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) 2019, kemudian dimaklumkan dalam mesyuarat jemaah menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.