
Beliau berkata kerajaan harus mengambil kira keresahan dan kebimbangan yang disuarakan rakyat.
“Para Menteri juga disyorkan menggunakan ruang Kabinet bagi menyatakan pandangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pemansuhan BIPK hanya melibatkan pelantikan baru sahaja yang dilantik mulai 1 Januari 2020.
JPA memaklumkan pemansuhan itu tidak menjejaskan penerima sedia ada, sebaliknya ia hanya dilaksanakan ke atas lantikan baru bermula tahun depan.
Pemansuhan elaun itu melibatkan pelbagai sektor kritikal terutama perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan sebagainya.
Keputusan pemansuhan elaun kritikal itu menerima bantahan pelbagai pihak termasuk daripada NGO dan menteri.