‘Barbie’ bibir terbesar di dunia undang kecaman netizen

‘Barbie’ bibir terbesar di dunia undang kecaman netizen

Gadis Barbie, Andrea Ivanova menganggap dirinya mempunyai bibir yang cantik setelah disuntik 17 kali.

Ramai wanita ingin tampil lebih cantik dengan gaya yang tersendiri.

Kebiasaannya mereka akan menggunakan aset yang ada untuk tampil lebih menawan sebagai tarikan kepada golongan lelaki.

Sebab itulah terdapat beberapa pendedahan yang pelik didengari namun ia khas untuk golongan wanita yang “berani”.

Seperti gadis Barbie, Andrea Ivanova, 22, dari Bulgaria, nekad menjalankan rawatan itu semata-mata mahu menjadi gadis berbibir paling besar di dunia.

Dia menyuntik bibirnya sebanyak 17 kali menggunakan asid hialuronik bagi menambah saiz bibir sehingga empat kali ganda lebih mungil.

Menurut Mirror.com, Ivanova dilaporkan turut tidak menolak untuk menjalankan banyak lagi prosedur untuk membesarkan asetnya dan bercadang melakukan lagi dua rawatan sebelum hujung tahun ini.

Sejak September lalu, dia sudah menghabiskan wang berjumlah hampir RM11,000 bagi 15 suntikan dimana setiap daripadanya menelan kos RM722.

Mula menjalankan rawatan itu pada tahun lalu, Ivanova mengakui lebih gembira dengan saiz bibir sebegitu.

“Saya suka dengan bibir saya sekarang. Berbibir besar menjadikan saya lebih cantik.

“Saya pergi ke setiap klinik untuk bertanyakan prosedur estetik di Sofia (bandar di Bulgaria) dan saya menyuntik hampir kesemuanya ke bibir saya.

“Tidak ingat berapa banyak saya sudah menghabiskan wang untuk bibir ini,” katanya.

Setakat ini, dia memiliki 15,000 pengikut di Instagram.

Bagaimanapun, hampir setiap selfie yang dimuat naik menerima kecaman negatif, terutamanya daripada kaum wanita.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.