
Menganjurkan parti harijadi untuk anak-anak sememangnya sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak.
Sama ada ia dilakukan dengan penuh meriah atau secara bersederhana ia tetap satu kenangan indah yang tidak akan dilupakan oleh kanak-kanak ini.
Namun persoalan yang sering timbul bagi ibu bapa, dimanakah tempat yang sesuai untuk mengadakannya? Bagaimana pula bajet untuk menganjurkannya?
Jadi sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana Marrybrown kini telah bekerjasama dengan watak kartun paling diminati seluruh dunia, Doraemon dengan memperkenalkan Pakej Hari Jadi bersama Doraemon, bermula Disember ini.

Untuk pengetahuan anda Doraemon merupakan sebuah siri kartun keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon iaitu robot kucing dari masa depan.

Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun mereka dengan penuh keceriaan dan bermakna.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pasti dengan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini,” kata Pengarah Urusan Marrybrown, Nancy Liew.

Selain menikmati kerangupan ayam goreng yang sememangnya sudah terkenal sejak 38 tahun lalu, “Doraemon Birthday Bash” ini juga akan turut disertakan barangan serta dekorasi yang ternyata akan membuatkan kanak-kanak lebih gembira.
“Marrybwon sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia.
“Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown,” katanya lagi.


Sempena meraikan “Doraemon Birthday Bash”, Marrybrown telah membawa lebih 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang iaitu Destiny Starting Point, Lotus Charity Care Centre, House of Love dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia untuk bersama-sama dengan kartun Doraemon di IOI City Mall Putrajaya.
Selain diberikan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah, kanak-kanak ini turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti “clown” dengan belonnya, “face painting”, “art sand” dan mewarna.
Pakej “Doraemon Birthday Bash” bermula dengan harga RM130 bagi 10 kanak-kanak dalam package A diikuti package B pada harga RM230 dan RM300 untuk semua jenis makanan atau minuman pada had yang tertentu.
Menariknya maskot Marrybrown akan tampil bertemu dengan kanak-kanak selain dua atau tiga permainan akan dianjurkan oleh staf Marrybrown itu sendiri.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]