Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Data AS pada Jumaat menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu mengekalkan kadar pertumbuhan sederhana meskipun prestasi tidak menentu disebabkan ketegangan perdagangan dengan China.

Menurut peniaga, data eksport lemah dari Thailand dan ekonomi keempat terbesar Asia, Korea, menjejaskan lagi sentimen serantau.
KUALA LUMPUR:
Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan data ekonomi Amerika Syarikat yang positif di tengah-tengah angka perdagangan lemah dari negara pengeksport utama Asia.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1410/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 pada Jumaat minggu lepas.

Seorang peniaga berkata, data AS pada Jumaat menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu mengekalkan kadar pertumbuhan sederhana meskipun prestasi tidak menentu yang disebabkan oleh ketegangan perdagangan dengan China.

“Data eksport lemah dari Thailand dan ekonomi keempat terbesar Asia, Korea, menjejaskan lagi sentimen serantau,” katanya.

Eksport Thailand pada Nov turun 7.4% tahun ke tahun, manakala nilai eksport Korea bagi tempoh 1-20 Dis susut 2% daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0536/0569 daripada 3.0518/0559 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7855/7893 daripada 3.7842/7889.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3866/3922 daripada 5.3955/3024 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5891/5940 daripada 4.6010/6067 sebelumnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.