OldTown White Coffee nafi tuntutan penipuan kontrak

OldTown White Coffee nafi tuntutan penipuan kontrak

Mereka berkata isu tersebut kekal sebagai perkara yang hanya berkaitan dengan kontrak.

OldTown White Coffee berkata beberapa kafe di Jiangsu, China ditutup kerana pengurusan yang lemah, sebelum timbul pertikaian mengenai tanda perniagaan.
PETALING JAYA:
OldTown White Coffee hari ini menafikan tuntutan penipuan kontrak oleh sebuah firma yang diberikan lesen untuk mengendalikan rantaian kopi popular itu di China, kira-kira seminggu selepas laporan mengatakan ia terpaksa menutup semua kafenya di tanah besar China.

Dalam satu kenyataan, mereka berkata isu tersebut kekal sebagai perkara yang hanya berkaitan dengan kontrak.

Pada 17 Dis, Jiangsu G & L Food & Beverage Management Co Ltd, yang diberi lesen oleh Shenzhen Kopitiam Asia Pasifik Ltd (SZKAP) untuk mengendalikan francais OldTown di wilayah Jiangsu, berkata mereka menjadi subjek aduan yang difailkan oleh Ai Chang Investment Ltd pada April tahun lepas.

Syarikat itu berkata mereka terpaksa menutup semua cawangannya, sedangkan 1 lagi syarikat China di Fujian, Xiamen Kuaike Investment Management Co Ltd, turut diberikan hak francais oleh SZKAP pada Mac 2017.

“Setakat ini, semua kafe OldTown White Coffee di tanah besar China ditutup,” katanya.

OldTown berkata beberapa kafe di Jiangsu ditutup kerana pengurusan yang lemah, sebelum timbul pertikaian mengenai tanda perniagaan.

“Kami ingin menjelaskan pada bulan Disember 2018, Ai Chang, melalui perisytiharan dan kuasa peguam, memulakan proses pemberian tanda perniagaan mereka untuk operasi kafe kepada Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh OldTown.”

Tambahnya, ia sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa di Malaysia dan China untuk menyelesaikan pertikaian mengikut undang-undang.

Francais OldTown mengendalikan kira-kira 200 kafe di seluruh Asia.

Syarikat itu juga terlibat dalam pengeluaran, pemasaran dan penjualan kopi dan minuman lain, termasuk kopi campuran segera, teh susu segera, coklat campuran segera dan serbuk kopi panggang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.