Aquaria sambut Krismas dengan ‘Santa Claus’ dan ‘Mermaid’ bersama anak-anak yatim

Aquaria sambut Krismas dengan ‘Santa Claus’ dan ‘Mermaid’ bersama anak-anak yatim

Aquaria KLCC menampilkan kelainan tahun ini dengan persembahan 'Santa Claus' dan 'Mermaid' dalam air sempena sambutan Krismas.

‘Mermaid’ buat pertama kalinya ditampilkan bersama ‘Santa Claus’ di dalam air.

Pelbagai keunikan yang ingin diserlahkan pada setiap perayaan di Malaysia.

Begitu juga sambutan Krismas, banyak tempat menampilkan keistimewaan tersendiri dengan pelbagai cara yang menarik.

Di Aquaria KLCC, sambutan Krismas akan dirai bersama empat “Mermaid”, Santa Claus serta penari yang memakai kostum penyu laut dan ikan yu sebagai persembahan di dalam air.

Menariknya, persembahan tersebut akan dibuat selama empat kali sahaja sepanjang bulan ini iaitu pada 24 Disember dan 25 Disember!

Institut Jantung Negara (IJN) dan Aquaria KLCC meraikan golongan anak yatim sempena sambutan Krismas.

Ketika memperkenalkan kelainan sambutan Krismas tahun ini, Aquaria KLCC dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL dan juga Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

Dalam masa yang sama mereka menjadi pengunjung pertama yang dapat melihat sendiri persembahan istimewa Santa Claus dan Ikan Duyung di Aquaria KLCC.

Kedua-dua pihak, IJN dan Aquaria memberi sumbangan kepada anak yatim tersebut.

Perunding Pakar Jantung Kanak-kanak IJN, Dr Marhisham Che Mood berkata, IJN sentiasa memberi keutamaan kepada semua golongan yang memerlukan.

“Kami sentiasa mengutamakan kesihatan masyarakat ketika menjalankan perkhidmatan kami dan tentunya perkara ini merangkumi kesihatan mental dan emosi mereka.

“Penganjuran aktiviti sebegini adalah penting khususnya buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik, di mana mereka ini lazimnya mempunyai peluang yang sangat terhad untuk menikmati kegembiraan dan pengalaman belajar seperti ini,” katanya ketika berucap pada program berkenaan di Aquaria KLCC.

Turut hadir dalam program tersebut, Pengarah Eksekutif Aquawalk Sdn Bhd, Daryl Foong.

Kemeriahan sambutan Krismas amat dirasai apabila Santa Claus sanggup menari di dalam air.

Dalam masa yang sama pengunjung turut berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti pendidikan dalam pusat aquaria itu.

Ini bermakna anda akan berseronok sambil mendapat maklumat dan mesej yang bermanfaat.

Setiap tahun sempena Krismas, Santa Claus akan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai gaya di dalam air bersama ikan-ikan di dalam “tank” Aquaria.
4 ‘Mermaid’ turut serta memberi kelainan kepada pengunjung tahun ini.

Antara aktiviti pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ialah A Dash of Science yang berlangsung pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu Disember ini.

Topik yang dibincangkan pada sesi pendidikan merangkumi proses pengasidan lautan dan fungsi lemak yang terdapat di dalam haiwan-haiwan marin.

Oleh itu, jadikan Aquaria KLCC ini sebagai lokasi yang anda tidak boleh lepaskan peluang ketika musim perayaan dan cuti sekolah kali ini.

Aquaria KLCC turut menyediakan perkhidmatan pembelian tiket atas talian di www.aquariaklcc.com.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aquariaklcc.com.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.