Upko sokong atau tolak Pas Sementara Sabah, soal pemimpin PBS

Upko sokong atau tolak Pas Sementara Sabah, soal pemimpin PBS

Julita Majungki mahu Upko menyatakan pendirian secara jelas berhubung Pas Sementara Sabah.

Julita Majungki.
KOTA KINABALU:
Parti pemerintah Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) digesa menyatakan pendirian secara jelas berhubung Pas Sementara Sabah (PSS).

Seorang pemimpin Parti Bersatu Sabah berkata pendirian Upko berkenaan PSS mengelirukan dan komen-komen parti berhubung perkara itu tidak konsisten.

Timbalan Setiausaha Agung Julita Majungki berkata Upko, selaku parti pemerintah, sebahagian daripada meluluskan PSS itu.

Pada satu mesyuarat agung khas Upko baru-baru ini, 7 perwakilan tidak berpuas hati dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan PSS menggantikan IMM13, Surat Burung-burung dan Kad Banci di Sabah.

Presiden Wilfred Madius Tangau, yang juga timbalan ketua menteri, berkata dia akan memasukkan kebimbangan ahli-ahli Upko dalam resolusi yang akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri.

Naib Presiden Ewon Benedick bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan membentangkan kertas Kabinet mengenai PSS di DUN.

“Jadi adakah anda akan membantah cadangan itu atau menyokongnya?” kata Majungki.

“Jika Upko bimbang dengan kesejahteraan Sabah dan rakyatnya dikerumuni pendatang asing, tunjukkan dengan menolak PSS,” kata Majungki.

Majungki juga persoalkan niat sebeanr parti itu bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara ketika Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman merancang untuk menganjurkan jelajah dan penerangan awam tentang PSS.

“Saya menggesa kerajaan Warisan-Pakatan Harapan membentangkan PSS di DUN, seperti yang diamalkan oleh kerajaan Sarawak untuk semua perkara yang memberi kesan pada hak-hak negeri dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Kementerian merancang untuk mengeluarkan PSS kepada 136,055 pemegang IMM13, slip banci dan Surat Burung-burung di Sabah pada peringkat permulaan, dan akan pertimbangkan untuk mengeluarkan PSS kepada anak-anak dan pasangan mereka, susulan bancian yang akan dijalankan semasa pelaksanaan PSS pada 1 Jun.

Kementerian menganggarkan lebih kurang 600,000 PSS akan dikeluarkan apabila eksesais itu selesai. PSS mesti diperbaharui setiap 3 tahun tanpa had pembaharuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.