
JPPM dalam kenyataan berkata notis itu dikeluarkan 18 Dis lepas bawah Seksyen 13(2) iaitu Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan.
“JPPM juga dalam masa yang sama mengeluarkan Notis 13(2A) iaitu Perintah Penggantungan ke atas MTUC bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar mana-mana aturan pertubuhannya,” menurut kenyataan itu.
JPPM menerima aduan pada 2 Jul lepas berkenaan pengurusan pertubuhan MTUC yang didakwa tidak diuruskan dengan baik.
“JPPM membuka Kertas Siasatan Aduan pada 29 Ogos dan seterusnya menjalankan siasatan seperti yang ditetapkan bawah Akta Pertubuhan,” kata kenyataan itu.
JPPM mengingatkan setiap pertubuhan berdaftar supaya menjalankan aktiviti dan urusan mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan.
“JPPM sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan,” menurut kenyataan itu.