Maszlee gesa Malaysia perbanyak kolaborasi dengan universiti negara Islam

Maszlee gesa Malaysia perbanyak kolaborasi dengan universiti negara Islam

Maszlee Malik mahu institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang pertama menjadi pemangkin perubahan dalam masyarakat dan global.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
KUALA LUMPUR:
Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata universiti di Malaysia perlu perbanyakkan lagi kolaborasi dengan universiti negara Islam.

Beliau berkata demikian sebagai sebahagian cadangan kepada pendidikan berorientasikan pembaharuan yang dikongsikan dalam sesi perbincangan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, hari ini.

“Kita tekankan kolaborasi dengan industri dan pihak pelbagai pembuat polisi.

“Kita ingin pastikan universiti kita hasilkan kajian yang beri impak kepada negara, global dan pembangunan masyarakat,” katanya.

Maszlee berkata beliau mahu universiti ini menjadi penyumbang kepada pembangunan masyarakat.

“Kita ingin institusi pendidikan tinggi pertama yang jadi pemangkin perubahan dalam masyarakat dan global,” katanya.

Maszlee juga mahu memperkasakan para pengkaji, profesor dan mereka yang terlibat dalam dunia akademik.

Beliau berkata pendidikan bukan sahaja bersandarkan kepada sains dan teknologi tetapi sebaliknya konsep kemanusiaan, nilai dan perubahan kepada sikap.

“Saya tekankan dalam pendidikan cemerlang, dalam kerja mesti dari sikap seperti bekerja dengan semangat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.