Selamatkan dunia Islam dari dominasi dolar AS, seru Iran

Selamatkan dunia Islam dari dominasi dolar AS, seru Iran

Presiden Iran, Hassan Rouhani menyeru kerjasama kewangan lebih kuat antara negara-negara Islam.

KUALA LUMPUR: Presidan Iran menyeru negara-negara Islam bekerjasama menentang “keganasan ekonomi” AS di majlis pembukaan sidang kemuncak yang bersidang untuk menangani masalah dunia Islam.

Ratusan perwakilan menghadiri perhimpunan itu – termasuk ketua-ketua negara dan pemimpin-pemimpin agama – tetapi pertemuan itu tidak dihadiri Arab Saudi.

Sidang kemuncak itu juga dikiritik kerana melemahkan Pertubuhan Kerjasama Islam, badan dunia yang mewakili negara-negara dan pertubuhan Islam dan berpangkalan di Arab Saudi.

Isu-isu termasuk penderitaan Rohingya di Myanmar dan Uighur di China mungkin akan dibincangkan, tetapi kritikan mungkin tidak lantang memandangkan prasarana China di banyak negara Islam.

Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam ucaptamanya menghentam pengaruh Washington.

“Rejim ekonomi Amerika, dan penggunaan dolar oleh ekonomi-ekonomi negara dan sejagat, memberikan AS kemungkinan untuk meningkatkan hegemoninya dengan ancaman sekatan dan keganasan ekonomi,” katanya.

Dunia Islam perlu diselamatkan daripada “dominasi dolar AS, dan rejim kewangan AS”, katanya, menyeru kerjasama kewangan lebih kuat antara negara-negara Islam.

AS mengenakan semula sekatan ke atas Iran pada 2018 selepas menarik diri daripada suatu perjanjian antarabangsa yang dibuat untuk menangani program nuklear republik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.