Angelina Jolie ‘cemburu’ kemesraan anaknya dengan kekasih baru Brad Pitt

Angelina Jolie ‘cemburu’ kemesraan anaknya dengan kekasih baru Brad Pitt

Angelina Jolie marah Brad Pitt bawa anak-anak jumpa bakal ibu tiri, Alia Shawkat.

Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie dilaporkan kurang senang dengan tindakan bekas suaminya, Brad Pitt memperkenalkan enam anak mereka kepada kekasih baharu, Alia Shawkat.

Menurut laporan Life & Style Weekly, sumber memberitahu Angelina meluahkan rasa marah dan geram apabila mengetahui anak-anaknya telah bertemu dan mengenali Alia.

“Angelina sangat melindungi anak-anak, di matanya tidak ada wanita yang cukup baik untuk menjadi ibu tiri apatah lagi dalam masa secepat ini. Dia amat kesal.

“Ada mengatakan anak-anaknya menyukai Alia terutama Shiloh yang berterus-terang bercerita kemesraan dan keunikan bakal ibu tirinya itu. Mereka nampak serasi.

“Zahara pula mengaku menyukai gaya penampilan Alia hingga merancang untuk pergi membeli belah bersama-sama,” kata sumber.

Gara-gara hubungan mesra itu, pelakon filem Maleficient ini dikhabarkan memberi amaran akan melarang anak-anak hadir ke majlis ulang tahun kelahiran Brad Pitt.

Malah, dia tidak mengizinkan anak-anak meraikan sambutan Krismas bersama bapanya itu sekiranya Alia turut diundang.

Sementara itu, sumber lain pula memberitahu Brad Pitt dan Alia memiliki perasaan mendalam antara satu sama lain dan hubungan mereka dikatakan sedang melalui fasa lebih serius.

Sebelum ini semua peminat industri hiburan mengetahui Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada tahun 2016.

Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.