Burger ‘sihat’ saiz XXL hanya di Harley’s Burger and Roster

Burger ‘sihat’ saiz XXL hanya di Harley’s Burger and Roster

Bahan digunakan di Harley’s Burger tidak diragui kerana sentiasa mengekalkan kesegarannya.

Sejak pertengahan tahun 1800-an, burger menjadi makanan yang digilai ramai.

Manakan tidak, dengan keenakan roti panggang yang lembut, salad serta tomato yang segar, serta daging yang lazat, kesemuanya dimakan bersama dalam satu gigitan, sudah pasti ia sangat mengiurkan!

Maka sebab itu, tidak hairanlah jika burger diiktiraf sebagai “makanan kegemaran Amerika”.

Namun kini, burger juga mempunyai revolusi tersendiri di mana makanan tersebut dimasukkan bersama lapisan keju serta sos yang pelbagai rasa.

Sudah pasti ia bukan tergolong dalam makanan yang sihat dan berkhasiat, namun anda akan rugi jika tidak mencubanya.

Berbeza dengan Harley’s Burger and Roaster, menampilkan hidangan burger dengan cara yang lebih sihat.

Penggunaan bahan semulajadi menjadi keutamaan mereka sekaligus ia boleh dikira sebagai burger terbaik di Malaysia.

Tidak mempunyai sebarang pewarna dan perasa tambahan, malah mereka juga tidak menggunakan daging beku bagi mengekalkan tekstur dan keasliannya.

Setiap burger yang dihidangkan kepada pelanggan menggunakan 100% premium daging lembu Australia dan ayam halal premium.

Ia kemudiannya diapit bersama roti yang dipanggang buatan mereka sendiri.

Menjadi menu kegemaran pelanggan adalah 2 x 2 burger di mana dua keping roti dengan hirisan bawang, salad dan tomato, kesemua bahan ini membuatkan burger anda menjadi lebih enak dalam satu gigitan.

Harley juga menawarkan 3 x 3, 4 x 4, 5 x 5 dan yang paling besar iaitu 6 x 6.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan jika dibandingkan lokasinya yang terletak di Damansara Heights.

Hamburger berharga RM8.50, Burger Keju RM9.50, Burger ayam RM9.50, manakala 2 ketul ayam ranggup hanya RM10 dan bagi burger 2 x 2 pula hanya RM15.

Selain itu, anda juga patut merasai kerangupan The Crispy Chicken, namun lembut di dalamnya.

Tetapi anda perlu berhati-hati kerana ia mampu membuatkan anda ketagih jika merasainya.

Dengan semua menu yang ada, Harley membuktikan yang tiada larangan boleh dibuat jika anda ingin merasai hidangan burger tersebut, malah anda hanya perlu menikmati setiap hidangan menu yang ada dengan santai.

Antara bahan yang digunakan seperti daging merah, ia boleh menjadi sumber protein dan nutrien seperti besi, zink dan vitamin B12.

Begitu juga dengan ayam yang membekalkan kandungan nutrien yang sama seperti daging merah.

Setiap kali anda membuat tempahan, ia mungkin mengambil masa yang lama daripada anda menempah burger biasa, namun anda perlu tahu bahawa kesegaran burger Harley adalah berbeza dengan burger lain.

Cara menempahnya, anda perlu pergi ke kaunter dan membuat pesanan dan bayaran seperti biasa, kemudian mereka akan memberi “buzzer” dan anda hanya perlu duduk di meja yang disediakan.

Kemudian “buzzer” anda akan berbunyi sebaik sahaja pesanan anda siap untuk dihidangkan.

Menurut pemiliknya, kesemua hidangan di Harley’s burger adalah ilham daripada sebuah restoran di California iaitu “In-N-Out Burger”.

Bagi minuman pula anda boleh merasai Harley’s milkshake yang penuh dengan krim dan dihidangkan bersama kentang goreng yang digoreng sebanyak dua kali.

Ini bermakna kentang tersebut akan lebih rangup di luar tetapi sangat lembut di bahagian dalamnya!

Jika anda merasai pula minuman kopi di Harley’s Burger and Roasted, anda akan menikmati keistimewaannya di mana ia merupakan kopi Yunnan dan Myanmar yang sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan kopi lain.

Biji kopi Yunnan akan dipanggang selama 17 minit, kemudian disejukkan dan disimpan.

Masa yang sesuai untuk menggunakannya adalah empat sehingga 25 hari, kemudian ia perlu dibuang jika tidak digunakannya.

Biji kopi Yunnan itu akan dicampur bersama espresso di mana ia akan menambahkan lagi aroma ketika anda menghirupnya.

Rasai kesemua hidangan yang sihat hanya di Harley’s burger & roaster!

Alamat:
Lot L2-16, Second Floor
DC Mall, Damansara City
Jalan Damanlela
Kuala Lumpur
Tel: 03-2770 3588
Dibuka setiap hari: 8 pagi sehingga 10 malam

 

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.