Badan peguam gesa pihak berkuasa siasat dakwaan Azilah

Badan peguam gesa pihak berkuasa siasat dakwaan Azilah

Presiden Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata tidak boleh ada ruang untuk keraguan.

Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata ‘kebenaran dalam kes itu mesti muncul’.
PETALING JAYA:
Badan Peguam menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti ke atas dakwaan seorang bekas anggota polis bahawa Najib Razak mengarahkan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibunuh.

Presiden Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata oleh kerajan siasatan jenayah tiada had, maka “kebenaran dalam kes itu mesti muncul”.

Satu siasatan menyeluruh, katanya, mesti dijalankan, dengan keterangan dikemukakan di mahkamah bagi memastikan tiada ruang untuk keraguan.

“Hakikatnya masih ada ruang untuk persoalan dan keraguan dalam kes ini, dan kemungkinannya dalam kebanyakan kes jenayah, mendorong Badan Peguam sekeras-kerasnya menentang hukuman mati,” kata Fareed dalam kenyataan.

“Di mana sistem mudah terdedah kepada kekurangan, tidak boleh diterima margin kesilapan itu dibayar dengan nyawa,” katanya.

Bekas komando Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri baru-baru ini memfailkan akuan berkanun untuk permohonan pensabitannya. Dia sekarang berdepan hukuman mati.

Dia mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya daripada Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

Bagaimanapun, Najib menepis dakwaan Azilah, mengatakan ia “langkah terdesak” oleh seseorang yang menghadapi hukuman mati.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan.

Fareed terganggu dengan pendedahan dalam akuan berkanun itu dan menyeru semua pihak berkuasa yang berkenaan melakukan apa yang perlu untuk tangani pendedahan-pendedahan itu.

“Tak boleh ada sebarang cubaan menutup, melindungi atau menyembunyikan sebarang keterangan atau fakta.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.