
Dr Manimalar Selvi Naicker, pensyarah dari Universiti Malaya, berkata apabila wabak polio pertama kali tercetus di Filipina pada pertengahan September, ia memberi masa 2 bulan awal untuk kerajaan Sabah mengambil langkah pencegahan.
Ia memandangkan Filipina berhampiran dengan Sabah, di mana rakyatnya berulang-alik antara kedua-dua negara, dan dengan kemasukan sejumlah besar pendatang tanpa izin ke negeri itu.
Beliau berkata, Menteri Kesihatan Dzulkelfy Ahmad sebelum ini berkata terdapat dua kemungkinan bagaimana virus polio muncul semula di negara ini – sama ada virus itu datang dari Filipina atau keluarga bayi itu ada melakukan perjalanan ke luar negara.
“Ini agak jelas malah pemerhatian mendapati bencana itu sudah menghampiri Malaysia jika langkah pencegahan tidak dilaksanakan,” katanya kepada FMT.
Manimalar berkata salah satu langkah pencegahan adalah dengan memberikan vaksin secara oral (OPV).
OPV menghasilkan tindak balas imun di dalam lapisan usus dan terbukti berkesan menghalang penyebaran virus polio dari individu ke individu.
Beliau berkata walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan penyelesaian untuk semua wabak polio adalah mengimunisasi setiap kanak-kanak “beberapa kali dengan vaksin oral untuk menghentikan jangkitan polio, tanpa menghiraukan asal virus itu”.
Inilah sebab mengapa imunisasi OPV besar-besaran atau langkah pencegahan lain sepatutnya dipertimbangkan lebih awal.
“Ketika Filipina mengisytiharkan penularan wabak, langkah kontingensi ini sepatutnya dilaksanakan,” katanya.
OPV diberikan di Malaysia sejak 1972, dan suntikan vaksin polio tidak aktif (IPV) diperkenalkan pada 2008. OPV kemudian dihentikan pada 2016.