
Shenzhen Kopitiam Asia Pacific Ltd (SZKAP) sedang disiasat Biro Keselamatan Awam China atas penggunaan tanda perniagaan “OldTown”.
Jiangsu G&L Food & Beverage Management Co Ltd, yang diberi lesen oleh SZKAP untuk mengendalikan francais di wilayah Jiangsu di tanah besar, terkejut apabila mendapati mereka menjadi subjek pelanggaran tanda perniagaan yang difailkan oleh Ai Chang Investment Ltd pada April tahun lalu.
“Memandangkan perkara itu, kami terpaksa menutup semua kafe OldTown White Coffee kami dan ini menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat kami,” kata G&L dalam kenyataan.
Syarikat itu berkata SZKAP juga memberi hak kepada Xiamen Kuaike Investment Management Co Ltd, 1 lagi syarikat China di Fujian, pada Mac 2017.
“Setakat ini, semua kafe OldTown White Coffee di tanah besar China ditutup,” katanya.
Francais OldTown mengendalikan kira-kira 200 kafe di seluruh Asia.
Syarikat itu juga terlibat dalam pengeluaran, pemasaran dan penjualan kopi dan minuman lain, termasuk kopi campuran segera, teh susu segera, coklat campuran segera dan serbuk kopi panggang.