Surat kepada Hishammuddin ‘akan ditarik balik’

Surat kepada Hishammuddin ‘akan ditarik balik’

Terdahulu hari ini, pengerusi Lembaga Dsisplin Umno Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa lembaga itu meminta Hishammuddin hadir pada 26 Dis ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporakn berkata, beliau menganggap isu berkaitanan Hishammuddin telah selesai selepas ia dibincangkan dalam Perhimpunan Agung parti itu baru-baru ini.
PETALING JAYA:
Umno dijangka menarik balik surat tindakan disiplin kepada bekas naib presiden parti itu Hishammuddin Hussein berhubung dakwaan melanggar perlembagaan dan tataetika.

Sumber dalaman parti memberitahu FMT bahawa setiausaha agung Umno Annuar Musa meminta pengerusi Lembaga Disiplinnya Mohamed Apandi Ali supaya menarik balik surat tersebut.

Terdahulu hari ini, Apandi mengesahkan kepada FMT bahawa lembaga berkenaan meminta Hishammuddin hadir pada 26 Dis ini.

Apandi bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berhubung kandungan surat berkenaan atau sama ada ia berkaitan satu pertemuan di rumah timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dihadiri oleh Hishammuddin.

Menurut sumber FMT, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri mendedahkan satu pesanan WhatApp yang meminta lembaga tersebut menarik balik surat tersebut.

Menurut pesanan Zahid, beliau menganggap perkara tersebut telah selesai selepas ia dibincangkan dalam Perhimpunan Agung parti itu baru-baru ini.

Sumber lain memberitahu FMT bahawa Hishammuddin belum menerima surat daripada Lembaga Dispilin Umno itu.

FMT masih menunggu pengesahan Hishammuddin.

Perkembangan terbaru hari ini dibuat sebulan selepas Hishammuddin didakwa terlibat dalam usaha membentuk kerajaan baru melalui tindakan keluar parti dalam kalangan pemimpin dan wakil rakyat Umno.

Beliau merupakan seorang daripada lebih 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir dalam satu majils makan malam bersama Azmin yang dikatakan merupakan sebahagian daripada langkah bagi menghalang usaha untuk memaksa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berundur.

Apandi enggan memberi komen sama ada Hishammuddin dipanggil kerana berjumpa dengan Azmin.

Zahid sebelum ini mempertahankan Hishammuddin dengan berkata, pertemuan dengan Azmin, yang merupakan menteri hal ehawal ekonomi, adalah berkaitan penyaluran projek kerajaan ke kawasan ahli Parlimen terbabit.

Ahli Majlis Tertinggi Lokman Noor Adam menuduh Hishammuddin mengkhianati rakyat kerana hadir pertemuan tersebut.

Hisahmmuddin sebelum menafikan beliau mengatur pertemuan itu atau merupakan sebahagian daripada usaha untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.