Ku Nan dibenar ke luar negara untuk rawatan

Ku Nan dibenar ke luar negara untuk rawatan

Mahkamah Tinggi membenarkan Ku Nan memegang pasportnya dari 23 Disember 2019 hingga 2 Jan 2020.

Tengku Adnan Tengku Mansor.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi membenarkan bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor berkunjung ke luar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengarahkan pelepasan sementara pasport Tengku Adnan untuk membolehkannya ke Australia, dan menyatakan permohonan yang sama pernah dibuat sebelum ini di mana “dia pergi dan balik sebanyak 2 kali”.

Mahkamah berkata, Tengku Adnan akan dibenarkan memegang pasportnya dari 23 Disember 2019 hingga 2 Jan 2020.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berdepan 2 dakwaan rasuah.

Bekas menteri wilayah persekutuan itu dituduh menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong walaupun mengetahui syarikat Chai berurusan dengan kementeriannya.

Tengku Adnan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau juga berdepan tuduhan menerima rasuah sebanyak RM1 juta daripada seorang lagi ahli perniagaan, Tan Eng Boon.

Pendengaran untuk kedua-dua kes tersebut akan disambung semula pada 10 Jan dan 18 Feb.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.