
Bulan lepas, agensi sempadan persekutuan AS berkata, ia sedang mempertimbang gelaran keganasan untuk kartel dadah susulan pembunuhan beramai-ramai satu keluarga berfahaman Mormon di utara Mexico.
“Segala tugasan yang perlu telah diselesaikan untuk mengisytiharkan kartel dadah Mexico sebagai sebuah organisasi pengganas. Kami bersedia untuk berbuat demikian.
“Bagaimanapun atas permintaan seorang lelaki yang saya suka serta hormati dan yang berusaha dengan baik bersama kami, Presiden Andres Manuel @LopezObrador_ kami (AS) akan menangguhkan buat sementara gelaran ini dan mempertingkat usaha bersama dalam menangani organisasi kejam dan yang terus berkembang ini!,” kata Trump menerusi Twitter pada Jumaat.
Trump dalam satu temu bual pada 27 Nov berkata, beliau meminta Lopez Obrador membiarkan AS memasuki Mexico untuk membersihkan kartel dadah.
Trump juga berkata, beliau mencuba secara rasmi untuk menggelarkan kartel dadah Mexico sebagai organisasi pengganas selama lebih 3 bulan.