Pemilihan Amanah: Khalid Samad peroleh undi tertinggi, Mat Sabu tempat ke-7

Pemilihan Amanah: Khalid Samad peroleh undi tertinggi, Mat Sabu tempat ke-7

Nik Omar, anak kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berjaya mendapat tempat dalam jawatankuasa pimpinan.

SHAH ALAM:
Pemilihan jawatankuasa pimpinan nasional Amanah menyaksikan Khalid Samad mengungguli persaingan dengan undi tertinggi, iaitu sebanyak 786, mengatasi 87 pencabar lain.

Pemilihan bagi merebut 27 tempat kosong itu menyaksikan penyandang presiden, Mohamad Sabu perlu berpuas hati dengan 681 undi.

Khalid diikut rapat Mahfuz Omar dengan 780 undi, sementara Salahuddin Ayub di tempat ke-3 dengan 765 dan Mujahid Yusof Rawa di tempat ke-4 dengan 755 undi.

Pemilihan yang pertama kali diadakan selepas 4 kali konvensyen itu juga menyaksikan terpilihnya beberapa muka baru, antaranya Nik Omar, anak kepada bekas mursyidul am PAS, dan Muhammad Faiz Fadzil, anak bekas presiden PAS, Fadzil Noor.

Husam Musa, yang menyandang jawatan naib presiden, tidak tersenarai dalam calon bertanding.

Seramai 822 perwakilan memilih pada pemilihan bagi sesi 2019-2022. Keputusan penuh jawatan tertinggi parti akan diumumkan esok.

Semua 27 pemenang, bersama speaker, 14 ketua negeri, ketua Pemuda, ketua Wanita, dan ketua Wanita Muda kemudian akan memilih presiden, timbalan presiden dan 3 jawatan naib presiden.

Dua lagi naib presiden akan dipilih presiden yang dilantik.

Berikut nama speaker dan timbalannya, serta ahli jawatankuasa pimpinan nasional Amanah bagi penggal baru:

Speaker : Yuhaizad Abdullah

Timbalan Speaker : Adnan Saad

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional

  1. Khalid Abd Samad (786)
  2. Mahfuz Omar (780)
  3. Salahuddin Ayub (765)
  4. Mujahid Yusof Rawa (755)
  5. Mohd Hatta Md Ramli (725)
  6. Dzulkefly Ahmad (687)
  7. Mohamad Sabu (681)
  8. Adly Zahari (655)
  9. Siti Mariah Mahmud (612)
  10. Raja Bahrin Raja Kamarulzaman (584)
  11. Faiz Fadzil (582)
  12. Mohammad Nizar Jamaluddin (553)
  13. Mazlan Aliman (544)
  14. Nik Omar Nik Abdul Aziz (543)
  15. Hasanuddin Mohd Yunus (460)
  16. Suhaizan Kaiat (445)
  17. Zolkharnain Abidin (445)
  18. Ridzwan Abu Bakar (435)
  19. Asmuni Awi (428)
  20. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (368)
  21. Mohamed Hanipa Maidin (360)
  22. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (359)
  23. Phahrolrazi Mohd Zawawi (339)
  24. Mohd Sany Hamzan (338)
  25. Mariam Abdul Rashid (317)
  26. Ahmad Termizi Ramli (302)
  27. Muhaimin Sulam (299)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.