
Pada 9.14 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1700/1750 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1750/1780 semalam.
Seorang peniaga berkata, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 3.6% kepada AS$63 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) naik 4.2% kepada AS$58.43 setong.
“Selain itu, harga minyak juga meningkat susulan laporan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya akan melanjutkan pengurangan pengeluaran semasa mereka bertemu di Vienna minggu ini.
“Ini memberi prospek yang sangat positif kepada hasil minyak dan gas Malaysia,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama kecuali pound Britain, di mana ia turun kepada 5.4652/4726 daripada paras penutup 5.4488/4544 semalam.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0592/0640 daripada 3.0613/0639, naik berbanding yen kepada 3.8299/8356 daripada 3.8391/8429 dan menambah berbanding euro kepada 4.6204/6267 daripada 4.6226/6263 sebelumnya.