Kereta gergasi Kelantan dicipta tangani banjir

Kereta gergasi Kelantan dicipta tangani banjir

Masyarakat Kelantan mencipta kereta gergasi bagi mengatasi masalah banjir sekaligus dilihat mampu mengurangkan kadar kematian ketika musim tengkujuh.

Hidup perlu menjadi lebih kreatif supaya idea itu boleh digunakan pada bila-bila masa apatah lagi pada waktu kecemasan.

Contohnya, seorang individu di Indonesia cuba mencipta helikopter sendiri kerana stres dengan kesesakan lalu lintas dan kenaikan petrol.

Begitu juga di Malaysia yang cuba mewujudkan kereta terbang sebagai pembaharuan selaras dengan dunia moden kini.

Namun sebelum kereta terbang itu wujud, masyarakat di Kelantan juga turut menampilkan idea kreatif mereka dalam mewujudkan kenderaan baru dan sesuai digunakan pada musim banjir yang berlaku setiap tahun.

Ia dilihat seperti kereta bajak sawah padi, dengan empat roda tayar yang sangat besar, badan kenderaan jentolak, menggunakan enjin yang bersesuaian mampu membawa muatan tujuh ke lapan orang dalam satu masa.

Difahamkan kenderaan itu muncul di Pasir Mas, Kelantan apabila seorang individu yang berada di situ telah merakam kenderaan tersebut bergerak sambil melintasi jalan raya yang dinaiki air.

Ia sekaligus menimbulkan rasa teruja kerana selama negeri itu mengalami musim tengkujuh, belum pernah ada kenderaan seperti itu diwujudkan.

Dalam video itu juga, kelihatan kereta bajak gergasi melintasi beberapa gerai yang dibuka di tepi jalan yang dinaiki air serta melintasi beberapa kereta yang berhenti di kawasan tersebut.

Video tersebut tular di laman sosial Instagram dan Facebook serta mendapat komen netizen “ni baru jolo” yang bermaksud “ini baru betul”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.