
Bercakap kepada FMT, Lokman berkata proses keseluruhan tender dilakukan secara bersih dan melalui tender terbuka.
Beliau mengulas dakwaan beberapa pengguna media sosial bahawa tender untuk sidang Apec 2020 diberikan kepada sebuah syarikat yang dikawal bekas pegawai seorang menteri daripada pentadbiran lalu. Mereka mendakwa kronisme.
“Mereka yang menuduh terdapat amalan salah dalam kerajaan, sila buat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil. Saya mempunyai kepercayaan sepenuhnya pada sistem perundangan kita,” katanya.
Malaysia akan menganjurkan sidang Apec 2020 yang dijangka dihadiri pemimpin dari 21 negara anggota. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998.