Sukan SEA ke-30: Wushu hadiah emas ke-5 negara

Sukan SEA ke-30: Wushu hadiah emas ke-5 negara

Selepas menyumbang emas sulung buat negara semalam menerusi acara taijiquan, Loh Choon How hari ini menghadiahkan lagi emas menerusi acara taijijian lelaki.

Atlet Wushu Loh Choon How mengutip emas kedua peribadinya hari ini dalam acara taijijian lelaki. (Gambar Bernama)
MANILA:
Atlet wushu negara, Loh Choon How unggul menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia dalam Sukan SEA ke-30, pada hari kedua wushu dipertandingkan di World Trade Center di sini, hari ini.

Gerakan tangkas dipamer atlet berusia 26 tahun itu nyata memukau barisan juri untuk beliau mengesahkan pingat emas dengan mengumpul 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki.

Emas kelima disumbangkan itu, merupakan pingat emas kedua untuk koleksi peribadinya, selepas menyumbang emas sulung negara dalam acara taijiquan lelaki, semalam.

Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Jones Llabres Inso yang mengumpul 9.65 mata.

Sementara wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 9.60 mata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.