Guna telefon pintar lebih 5 jam punca obesiti?

Guna telefon pintar lebih 5 jam punca obesiti?

Kajian menunjukkan kegemukan bukan sahaja berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan, malah juga daripada penggunaan telefon bimbit melebihi lima jam.

Ingin mendapatkan tubuh badan yang ideal, anda pasti akan membuat perancangan untuk mula bersenam, gim serta mengambil pemakanan yang sihat.

Dalam perancangan tersebut, anda akan menghabiskan beberapa jam dalam sehari untuk membakar segala lemak supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

Namun menurut laporan news18.com, ramai yang tidak pernah tahu bahawa penggunaan telefon pintar melebihi lima jam sehari sebenarnya menyumbang kepada kegemukan yang melampau!

Pada anda mungkin ia perkara yang tidak masuk akal, namun terimalah hakikatnya.

Dalam kajian ACC Latin America Conference 2019, saintis telah menjalani pemerhatian dan kajian terhadap 1,060 pelajar di Fakulti Sains Kesihatan di Simon Boliver University bermula Jun sehingga Disember 2018.

Daripada jumlah itu, 700 orang merupakan wanita dan selebihnya lelaki berusia 19 dan 20 tahun.

Daripada jumlah itu juga, sebanyak 36.1% peserta lelaki mempunyai berat badan berlebihan dan 42.6% obesiti.

Manakala wanita pula 63.9% lebih berat badan dan 57.4% obesiti.

Saintis juga mendapati risiko obesiti akan meningkat 43% lebih tinggi jika telefon pintar digunakan melebihi 5 jam sehari.

Ini kerana mereka akan cenderung untuk mengambil makanan ringan, minuman manis, snek dan juga makanan segera ketika lalai dengan penggunaan telefon pintar.

Secara tidak langsung, tabiat menggunakan telefon pintar secara berlebihan akan menghadkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya.

Maka hasilnya 26% subjek mengalami masalah berat badan berlebihan dan 4.6% menjadi obesiti.

Lebih mudah untuk difahami, mereka yang menggunakan telefon pintar lebih lama akan cenderung mengamalkan gaya hidup yang tak sihat.

Malah dalam kajian ini juga mendapati pelajar yang mengambil bahagian dalam eksperimenini akan lebih cenderung untuk mengambil makanan dan minuman menggemukkan badan jika menggunakan telefon pintar lebih lama.

Adakah anda sudah bersedia untuk tidak memegang telefon pintar melebihi lima jam?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.