
Sempena Jualan Akhir Tahun 2019, Habib Jewels menganjurkan Festival Batu Permata Habib dengan mempamerkan koleksi terbesar batu permatanya.
Bermula 26 November sehingga 1 Disember 2019 di IOI City Mall, Putrajaya, festival julung kali diadakan itu menawarkan batu permata dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz.
Dan yang lebih penting ia dijual pada harga berpatutan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Meer Sadiq Habib, berkata penganjuran Festival Batu Permata Habib itu bertepatan dengan aliran semasa gaya pemakaian barangan kemas yang mula memberikan perhatian terhadap penggunaan batu permata.

“Ramai daripada pelanggan kami juga menunjukkan minat terhadap batu permata yang lain daripada yang lain. Antara koleksi yang terdapat dalam koleksi permata kami ialah spinel dan paraiba,” katanya selepas majlis pelancaran Festival Batu Permata Habib, baru-baru ini.

Antara koleksi barangan kemas yang ditawarkan pada festival berkenaan seperti berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, emas 916 terutama koleksi Oro Italia 916, jongkong emas, batu permata dan mutiara.

Mengulas lebih lanjut mengenai festival berkenaan, Meer Sadiq berharap pelanggan yang hadir ke Festival Batu Permata Habib itu dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai batu permata.

“Di samping itu, ramai kakitangan kami yang memiliki tauliah dalam bidang gemologi. Sehubungan dengan itu, kami dapat memberi penerangan kepada semua pelanggan dengan lebih mendalam lagi mengenai batu permata,” katanya.

Selain itu, lebih 1,000 koleksi barang kemas yang dihiasi batu permata berharga turut dipamerkan untuk dijual pada Jualan Akhir Tahun Habib.

- Potongan sehingga 70 peratus untuk barangan kemas berlian dan batu permata
- Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1,000 dan keatas dalam satu resit (sementara stok masih ada)
- Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]