
Dua yang turut disaman ialah ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan ahli Dewan Undangan Ngeri (Adun) Bagan Dalam, Satees Muniandy.
Bulan lepas, Zakir, melalui firma guaman Tetuan Akberdin & Co memfailkan saman serupa terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berhubung 4 artikel beliau.
Zakir memohon injunksi bagi menghalang mereka menyiarkan dan menyebarkan laporan dalam mana-mana medium, selain permohonan maaf melalui akhbar dan portal berita, termasuk FMT dalam masa 7 hari.
Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan 2 hari lepas yang dilihat oleh FMT, Zakir juga memohon bayaran pampasan dan ganti rugi teladan.
Beliau menuduh mereka bertiga menghina dan menggambarkan dirinya sebagai individu tidak baik dan merupakan ancaman kepada keselamatan Malaysia.
Dalam kenyataan beliau, Zakir juga menyifatkan dirinya sebagai pendakwah terkenal dan penceramah mengenai perbandingan agama, selain berkata, beliau menerima banyak anugerah, termasuk anugerah Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah pada 2013.
Saman terhadap Kula, yang juga merupakan ahli Parlimen Ipoh Barat dan naib pengerusi DAP kebangsaan, adalah berkaitan laporam FMT bertajuk “DAP: No reason for Malaysia to protect Zakir Naik” yang diterbitlan pada 17 April 2017.
Saman itu juga susulan kenyataan Kula pada 13 Ogos bertajuk “Zakir Naik’s presence is embarassing to all Malaysians”.
Saman terhadap Satees, yang merupakan setiausaha antarabangsa DAP, adalah berkaitan artikel berjudul “Lawmaker fumes after Zakir suggest Hindu here support Modi overD M”, yang disiarkan di Malaysiakini pada 12 Ogos.
Ia juga berkait laporan bertajuk “DAP man blames LTTE crackdown on Zakir Naik’s presence” yang disiarkan oleh FMT pada 5 Nov.
Tuntutan terhadap Santiago berkait laporan bertajuk “Wednesday Cabinet meeting must discuss Zakir’s meddling in local politics” yang dihantar ke Facebook pada 13 Ogos.
Saman juga dibuat terhadap ucapan Santiago 3 hari lepas yang mendakwa pendakwah berkenaan mempunyai hubungan dengan penangkapan 2 wakil rakyat DAP yang didakwa terlibat dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam.
Terdahulu Zakir membuat laporan polis di Shah Alam terhadap Kula Segaran, Ramasamy Santiago, Satees dan bekas duta Dennis Ignatius mendakwa mereka membuat kenyataan fitnah terhadap diri beliau.
Zakir dilaporkan mendakwa rakyat Malaysia berketurunan India lebih setia kepada kerajaan Narendra Modi berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga didakwa berkata, masyarakat Cina di Malaysia adalah “tetamu lama” yang harus kembali ke rumah nenek moyang kita,
Zakir juga dikehendaki oleh pihak berkuasa di India atas kesalahan penbugahan wang. Beliau diberikan status pemastautin tetap di Malaysia.