
Satu kejadian mencuti hati netizen apabila kedai tersebut menerima kunjungan daripada pelanggan “luar biasa”.
Dalam rakaman tersebut dilihat seekor monyet datang ke kedai yang menjual ubat-ubatan dan cuba menceritakan sesuatu kepada peniaga itu.
Menurut media antarabangsa, Daily Motion, monyet tersebut dilihat melompat ke arah kaunter yang berdekatan dengan pemilik kedai, Anajum Ajim dan cuba mengadu yang dia berada dalam kesakitan akibat bergaduh.
“Saya kemudiannya memberinya ubat tahan sakit bersama air. Selepas itu, saya turut meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya,” ujarnya.
Dalam masa yang sama peniaga itu turut memberikan tiga gelas air dan binatang tersebut menghabiskannya kerana kehausan.
Selepas daripada itu, monyet tersebut berehat selama sejam di atas meja di luar kedai ubat terbabit sebelum ia melompat dan meninggalkan premis tersebut.
Ia diperhatikan ramai masyarakat di sana dan rata-ratanya membuat rakaman menggunakan telefon pintar masing-masing kerana ia jarang berlaku.
Kejadian itu berlaku di New Delhi, India dan sempat dirakam netizen dengan durasi 2 minit 47 saat sekaligus tersebar di laman sosial.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]