
Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pada pendengaran permohonan itu hari ini.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh bertindak sebagai pemohon, manakala peguam K Lavinia mewakili PBRS.
Terdahulu, Farah memaklumkan mahkamah pihak terbabit sudah memfailkan hujahan bertulis.
“Hari ini kes ditetapkan untuk pendengaran,” katanya.
Jun lalu, SPRM mengumumkan ia memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 entiti dan individu untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta dana 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun bank bekas perdana menteri, Najib Razak.