Noh sebut ‘P*****K’ semasa bertengkar di Dewan Rakyat

Noh sebut ‘P*****K’ semasa bertengkar di Dewan Rakyat

Kejadian berlaku semasa Noh Omar menimbulkan isu tentang laman 'Nga Kor Ming Superfans' mengkritik Sultan Selangor.

Ahli Parlimen Noh Omar menggunakan perkataan kesat semasa berbahas di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR:
Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional menuturkan kata kesat “P*****K” semasa berbahas mengenai catatan Facebook mengkritik Sultan Selangor di Dewan Rakyat.

Kejadian berlaku semasa pertengkaran antara Noh Omar (BN-Tanjong Karang) dan RSN Rayer (PH-Jelutong).

Ia bermula apabila Noh menimbulkan isu catatan Facebook 29 Sept oleh “Nga Kor Ming Superfans” yang menggesa rakyat berketurunan Cina yang kecewa dengan penurunan papan tanda jalan dwibahasa di Selangor supaya menunjuk perasan di depan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat terhadap laman oleh pengiring istana.

Rayer kemudian berkata Noh patut ikut peraturan mesyuarat iaitu tidak menamakan sesiapa kerana polis juga sedang menyiasat ahli Parlimen Pekan, merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kenapa sebut nama Nga Kor Ming? Jangan buat tuduhan begitu,” katanya, menyebabkan Noh berkata “bodoh”.

Mikrofon Dewan Rakyat kemudian ditutup Timbalan Speaker Rashid Hasnon.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) kemudian menyoal Noh adakah beliau sedar laman itu tidak dikaitkan dengan Timbalan Speaker Nga.

Noh menjawab: “Betullah, saya tak kata Nga Kor Ming.”

Rayer kemudian teriak: “Kamu bodoh”

Kerana pertengkaran semakin teruk, Noh teriak perkataan kesat: “P*****k. Speaker, kalau nak Dewan ini aman, halau dia.”

Ramkarpal kemudian menyoal Noh tentang siasatan polis ke atas Najib mengenai catatan Facebook itu, yang dijawab Noh: “Kalau ada laporan polis, mesti disiasat dan ambil tindakan.”

Pada 18 Okt lepas, Najib dipanggil ke Bukit Aman kerana berkongsi tangkap layar catatan itu.

Najib juga mendakwa laman itu berkait dengan Nga.

Nga, yang juga pengerusi DAP Perak, menafikan beliau atau DAP terlibat dengan catatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.