Menjadi seorang guru sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik.

Tetapi jika dah sampai naik tangan sudah tentu ibu bapa juga akan marah.
Ini kerana pukul untuk mendidik dan bukannya tempat untuk melepaskan geram.
Apatah lagi jika kanak-kanak yang dilempang itu masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Macam video yang tular di media sosial ini, guru taska ini kantoi menampar seorang pelajar mereka.
Kejadian yang dirakam berlaku di Loudi, China menerusi video CCTV berdurasi 22 saat di kongsikan di Twitter.
Semuanya terbongkar apabila, bapa ini perasan anaknya akan berasa gelisah setiap kali mahu ke sekolah.
Dan pada 21 November lalu, bapanya menghantar anaknya ke pra sekolah seperti biasa.
Disebabkan perasaan ingin tahu, dia mengawasi anaknya secara diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa.
Rupa-rupanya anaknya terlalu takut kerana dipukul gurunya di sekolah! Semasa guru itu ingin memakaikan apron padanya, mungkin kerana kanak-kanak itu enggan memakainya membuatkan dia terus ditampar berkali-kali oleh gurunya.
Bapanya yang mula berang selepas melihat anaknya ditampar guru terbabit terus menerpa dan menampar cikgu itu sebagai balasan.
Tidak cukup dengan itu, bapa tersebut juga bertindak memukul beberapa kali terhadap guru yang sama di belakang kelas.
Ibu bapa mana yang tak marah kalau ada orang sesuka hati pukul anak kita.
Rata-rata netizen berang dengan tindakan itu yang dianggap tidak munasabah.
“Macam mana kalau bapak dia tak ada kat situ? Entah-entah lagi teruk dia kena.”
“Yang sedihnya, jadi depan budak-budak lain pulak tu.”
“Memang tak patut langsung guru tu buat macam tu. Biasalah, nak jaga budak-budak memang kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau rasa tak boleh nak sabar, janganlah sampai gunakan kekerasan macam ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]