‘Bayi kembar’ dilahirkan 2 kepala 3 tangan di New Delhi

‘Bayi kembar’ dilahirkan 2 kepala 3 tangan di New Delhi

Seorang ibu pengsan apabila mendapati anak yang dilahirkan mempunyai dua kepala dan tiga tangan.

Kebesaran tuhan tiada siapa dapat menyangkalnya termasuklah hasil ciptaannya yang dilahirkan ke dunia ini.

Kebanyakannya dilahirkan normal, cukup sifat yang membolehkan setiap manusia bergerak dengan sempurna.

Ada juga yang dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) apabila mempunyai kekurangan pada mana-mana bahagian, tetapi masih lagi diberi “peluang” untuk membolehkan seseorang itu meneruskan kelangsungan hidup sehingga hari ini.

Di New Delhi seorang bayi kembar lelaki dilahirkan mempunyai dua kepala dan tiga tangan selain berkongsi dengan organ yang lain.

Aninews melaporkan bayi unik ini selamat dilahirkan oleh ibunya, Babita Ahiwar manakala suaminya, Jaswant Singh terkejut apabila menerima perkhabaran keadaan anaknya itu .

“Kami seakan tidak percaya. Semua orang tergamam melihat bayi kami kerana mempunyai dua kepala,” jelasnya.

Ahiwar dan suaminya telah mendirikan rumahtangga 18 bulan lalu.

Doktor di hospital tersebut berkata yang mereka tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti itu.

Menjelaskan perkara itu doktor tersebut berkata “bayi kembar” itu masih lagi belum dapat dipastikan sama ada perlu menjalani pembedahan ataupun tidak.

Sebelum itu, pasangan suami isteri itu dimaklumkan mereka akan mendapat bayi kembar ketika kandungan berusia 35 minggu.

Tetapi, selepas pembedahan c-section dilakukan, mereka terperanjat apabila bayi tersebut dilahirkan dengan dua kepala.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.