Setiap orang daripada kita pasti mempunyai baju T atau kemeja berwarna putih atau warna lembut.

Namun apa yang sering menggusarkan ialah pakaian tersebut senang meninggalkan bekas kekuningan terutama sekali di bahagian ketiak.
Kekotoran itu terjadi akibat peluh yang mengandungi garam serta kesan penggunaan deodoran setiap hari.
Ia sekaligus menyebabkan baju cepat rosak apatah lagi untuk menghilangkan kesan kuning itu agak sukar.
Bagaimanapun perkara itu boleh dielakkan menerusi beberapa tip.
1. Pakai baju selepas deodoran kering
Selepas menyapu deodoran pada bahagian ketiak, biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum memakai baju.
Dengan cara ini dapat membantu mencegah cecair deodoran, wap air serta peluh menyerap pada bahagian baju anda.
2. Segera basuh baju
Jangan biarkan bekas deodoran dan peluh terlalu lama pada pakaian, sebaliknya cuba segera mencuci baju anda agar kekotoran itu mudah dibersihkan.
Caranya juga mudah – gunakan sabun pencuci yang dicampur dengan air sebelum menyental pada bahagian ketiak
3. Rendam dengan cuka
Jika sabun tidak memadai, cara terbaik adalah merendam baju anda dalam larutan cuka selamat 45 minit sebelum sental bahagian ketiak menggunakan berus.
Kemudian barulah mencucinya seperti biasa menggunakan air panas.
4. Serbuk penaik
Sama seperti cuka, serbuk penaik atau baking soda adalah agen pembersih luar biasa untuk pelbagai situasi termasuk pakaian.
Caranya mudah – campurkan tiga sudu serbuk penaik dengan secawan air sebelum lumurkan ke bahagian terkena kotoran.
Biarkan selama dua jam sebelum cuci seperti biasa menggunakan air panas.
5. Bersihkan menggunakan paracetamol

Pelik, tapi benar. Hancurkan empat butir paracetamol sebelum campurkan sedikit air untuk melembutkannya.
Sapu ke bahagian yang terkesan dan cuci seperti biasa.
Tetapi penggunaan paracetamol hanya digalakkan untuk pakaian berwarna putih sahaja.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]