Selalunya kita akan gunakan ketuhar gelombang mikro atau lebih dikenali sebagai “microwave” untuk memanaskan makanan.

Tetapi adakah ia sesuai digunakan untuk didihkan air? Persoalan paling penting, adakah kita boleh melakukannya?
Microwave merupakan satu peralatan rumah yang dicipta pada tahun 1940-an.
Ia memudahkan dan mempercepatkan tugasan rumah, serta boleh digunakan untuk pelbagai perkara.
Bagaimanapun, isu mengenai kesan mikrowave terhadap kesihatan masih menjadi kontroversial.
Sehingga kini tiada bukti konklusif menunjukkan bahawa mikrowave mempunyai kesan yang boleh mengakibatkan kanser.
Jadi penggunaan microwave boleh dianggap sebagai peralatan elektrik yang selamat untuk digunakan.
Didihkan air guna mikrowave
Apa yang berlaku jika menggunakan mikrowave ini untuk mendidihkan air?
Microwave akan menggunakan gelombang elektromagnetik yang bergerak pantas dan ia akan menyebabkan terhasilnya geseran antara molekul air untuk menghasilkan haba.
Terdapat satu kajian yang mengesahkan bahawa kepelbagaian suhu dalam mikrowave ini boleh mempengaruhi sifat-sifat air sekali gus memanaskan air hingga ke suhu mendidih.
Hasil kajian itu mendapati gelombang elektromagnet dalam microwave memanaskan molekul air secara rawak.
Ini bermakna jika dipanaskan untuk tempoh yang sepatutnya, mungkin akan wujud lapisan air mendidih di bawah air sejuk.
Jadi secara ringkasnya, anda boleh didihkan air menggunakan microwave tetapi pastikan anda mengacau air tersebut sebelum menggunakannya.
Malahan anda juga digalakkan untuk menggunakan cawan yang dikhaskan untuk kegunaan microwave.
Cara selamat mendidihkan air
Berikut adalah enam cara mudah yang boleh anda ikuti untuk mendidihkan air menggunakan mikrowave:
- Gunakan mangkuk khusus untuk microwave. Mangkuk seramik atau kaca adalah pilihan terbaik.
- Tuangkan air ke dalam bekas yang tidak bertutup. Jangan tutup bekas tersebut.
- Panaskan dalam tempoh yang pendek. Kacau selang 1-2 minit sehingga air mendidih.
- Ketuk sisi mangkuk untuk memeriksa sama ada terlebih panas atau tidak. Tindakan ini juga dapat mengganggu molekul haba dan membebaskan haba yang terperangkap.
- Keluarkan bekas tersebut dengan berhati-hati. Anda boleh gunakannya untuk pelbagai kegunaan seperti membancuh teh, coklat panas ataupun kopi.
Jika anda ingin menggunakan microwave untuk didihkan air, pastikan anda menggunakan cara dan kaedah yang betul.
Berhati-hati sewaktu mengendalikan air panas daripada microwave untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]