Tentera Filipina selamat pasangan suami isteri diculik militan Abu Sayyaf

Tentera Filipina selamat pasangan suami isteri diculik militan Abu Sayyaf

Allan Arthur Hyrons dan isterinya, Wilma, diculik lelaki bersenjata di resort milik mereka di bandar Tukur di wilayah Zamboanga del Sur.

Kumpulan Abu Sayyaf dianggap paling ganas di selatan Filipina dan mempunyai kira-kira 400 anggota yang aktif di wilayah Sulu dan Basilan. (Gambar AP)
MANILA:
Seorang lelaki British berusia 70 tahun dan isterinya warga tempatan yang diculik di sebuah resort di selatan Filipina pada 4 Okt lepas diselamatkan tentera Filipina, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tentera.

Komander tentera Filipina di Mindanao Barat Cirilito Sobejan berkata, Allan Arthur Hyrons dan isterinya, Wilma, diculik lelaki bersenjata tidak dikenali di resort milik mereka di bandar Tukur di wilayah Zamboanga del Sur.

Sobejana berkata, pasangan itu diselamatkan sebelum pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada Isnin di sebuah kampung di wilayah Sulu di selatan Filipina.

“Mereka akan dihantar untuk menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya.

Sobejana berkata, tentera kerajaan melancarkan operasi menyelamat pada Ahad menyaksikan berlakunya pertempuran antara tentera dan penyokong Abu Sayyaf selama dua hari mengakibatkan 6 pengganas maut dan 7 tentera cedera.

Kumpulan Abu Sayyaf dianggap paling ganas di selatan Filipina, dan mempunyai kira-kira 400 anggota yang aktif di wilayah Sulu dan Basilan.

Mereka sering melakukan penculikan, serangan bom, menyerang hendap, pembunuhan dan peras ugut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.