
Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Jumaat lalu.
Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata, memandangkan keadaan semakin tidak menentu dan kemungkinan kelewatan perjanjian perdagangan AS-China, peniaga cenderung mengurangkan pertaruhan bulis dan mengambil pendekatan neutral ke atas risiko mata wang Asean.
“Berikutan peningkatan risiko ini secara umumnya, pelabur global mungkin cenderung melindungi nilai mata wang Asean, termasuk pendedahan ringgit melangkah ke 2020,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Innes menjangkakan prestasi unit tempatan kritikal dalam penilaian melangkah ke 2020, ketika pasaran hampir memasuki Disember, ditambah tiada venue pertemuan dipilih bagi rundingan perdagangan AS-China, kemungkinan besar aset risiko tempatan akan goyah dan ringgit menjadi lemah.
Pada pembukaan, ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.8373/8411 daripada paras penutup 3.8412/8469 Jumaat lalu, naik berbanding pound Britain kepada 5.3653/3696 daripada 5.3672/3753 dan menokok berbanding euro kepada 4.6013/6054 daripada 4.6116/6188.
Ringgit turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0597/0624 daripada 3.0590/0638 Jumaat lalu.